Latest Post :
Recent Movies

Tips Untuk Mencari Rumah Sewa

Tips untuk mencari rumah sewa
Selain mencari rumah sewa menggunakan teknik carian di Internet, anda boleh iklankan lokasi rumah sewa yang anda perlukan di portal iklan Mudah.my.

Caranya:

1. Google ke laman web Mudah.my (http://www.mudah.my/).

2. Klik kotak 'Post A Free Ad' yang terdapat di bahagian atas kanan laman web tersebut.

3. Pilih kategori 'Houses' atau 'Apartments'.

4. Klik pilihan 'Wanted to rent'.

5. Isikan semua ruang yang berkaitan dengan details yang diperlukan.

6. Postkan iklan anda dan tunggu tuan rumah sewa yang berkenaan untuk menghubungi anda.














Mudah bukan?

Selamat berjaya...

Cari Rumah Di Laman Internet

Cara asas untuk cari rumah sewa adalah dengan menggunakan portal-portal iklan yang terdapat di internet. Antara yang popular adalah:

1. www.Mudah.my (Sesuai untuk cari rumah sewa di kebanyakan lokasi)

2. www.iBilik.my (Kalau nak menyewa bilik)

Taip lokasi yang anda perlukan dan lihat tawaran rumah/bilik sewa yang terbaik mengikut bajet dan keperluan anda.

Oleh kerana kadar sewa kini sangat tinggi, jangan lupa untuk meminta diskaun kadar sewa daripada tuan rumah.



Semoga membantu anda...

Tips Ringkas Untuk Penyewa

5 tips ringkas untuk menyewa rumah;

1. Sila hubungi tuan rumah untuk mendapatkan details rumah seperti alamat, jenis rumah, harga sewa, deposit, dan sebagainya.

2. Mesti, mesti, mesti pergi lihat rumah dulu. Bawa kawan satu atau dua orang untuk tujuan keselamatan dan agar dapat pandangan daripada mereka sama ada sesuai atau tidak menyewa di situ.

3. Jangan, jangan, jangan buat apa-apa bayaran kepada tuan rumah selagi anda belum melihat rumah dan membuat apa-apa persetujuan.

4. Pastikan ada tenancy agreement agar anda tahu apa hak anda sebagai penyewa dan tempoh berapa lama anda akan menyewa.

5. Pastikan harga yang ditawarkan untuk sewa menepati bajet anda.


Semoga membantu anda...

Jaga Keselamatan Rumah Anda Daripada Pencuri

Kejadian pecah rumah dan rompakan kini semakin berleluasa terutamanya ketika dunia dilanda krisis kegawatan ekonomi yang menjejaskan peluang pekerjaan serta pendapatan. Seringkali juga terjadi kejadian pecah rumah pada waktu siang ketika rumah tersebut berpenghuni.

Nasihat saya, jangan jadikan rumah anda sebagai sasaran mudah geng kaki samun ini dengan menyediakan ciri-ciri keselamatan yang sempurna untuk rumah anda. Banyak aksi penyamun yang sempat dirakam oleh tuan rumah mangsa samun yang terdapat didalam video-video di youtube.

Walaubagaimanapun, khabar gembiranya ialah kejadian samun yang melibatkan pecah rumah ini adalah diklasifikasikan sebagai jenayah ambil kesempatan di atas kealpaan tuanpunya rumah.

Oleh yang demikian, pastikan rumah anda sentiasa dikawal rapi dan terkunci dengan kunci mangga yang berkualiti. Bagi sesiapa yang inginkan keselamatan tambahan, bolehlah bersepakat dengan jiran-jiran di tempat anda untuk mengadakan kawalan keselamatan 24 jam dengan melantik syarikat kawalan keselamatan yang bertauliah.

Di antara langkah-langkah lain yang di sarankan untuk mencegah penyamun pecah rumah adalah:
1) Pasang Grill besi ditingkap dan pintu rumah.
2) Sentiasa kunci pintu dan tingkap sebaiknya.
3) Pastikan anda mengunci pintu dan tingkap setiap kali keluar rumah walaupun hanya sebentar.
4) Nyalakan lampu disekitar rumah termasuk lampu dipintu masuk pada waktu malam.
5) Potong dedaun dan semak-samun disekitar rumah anda yang boleh menghalang penglihatan agar pandangan disekeliling menjadi lebih jelas tidak kira waktu siang ataupun malam.
6) Pasang sistem penggera keselamatan.
7) Simpan semua peralatan berkebun, tangga dan peralatan tajam yang boleh digunakan oleh penjenayah sebagai senjata atau peralatan pecah masuk rumah.
8) Gunakan 'timer' atau peralatan elektronik yang boleh mengawal waktu untuk memasang dan memadam lampu secara otomatik.
9) Jangan sembunyikan atau tinggalkan kunci rumah anda dibawah pasu bunga, alas kaki atau didalam kasut apabila meninggalkan rumah.

Beringat sebelum kena. 

Jangan Menyewakan Rumah Anda Tanpa Dokumen Perjanjian Sewa Rumah!

Surat perjanjian sewa rumah yang lengkap dan jelas boleh menyelamatkan beratus bahkan beribu ringgit wang anda di kemudian hari. Jadi tuan rumah bijak dengan menyediakan surat perjanjian sewa rumah yang berkesan dan jangan jadi tuan rumah amatur yang tidak lelap tidur setiap kali ingin mengutip sewa setiap bulan dan menanggung beban setiap kali penyewa keluar.

Laman blog ini bertujuan untuk membantu anda mendapatkan surat perjanjian sewa rumah yang efektif yang boleh menjamin masa depan anda sebagai tuan rumah. Bagi sebahagian besar tuan rumah, masalah dengan penyewa bukanlah sesuatu yang asing. Sebahagian besar tuan rumah terpaksa menanggung masalah akibat penyewa yang tidak bertimbang rasa yang menganggap seolah-olah tuan rumah memperolehi rumah itu secara percuma.

Menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah anda kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Anda mungkin tergolong dalam 1/100 tuan rumah yang bernasib baik jika mendapat penyewa budiman, tetapi sebahagian besarnya tidak demikian. Walaupun sebahagian besar penyewa rumah adalah manusia baik, namun seringkali sebahagiannya menjadi manusia tidak bertimbang rasa dalam hal membayar sewa dan menjaga harta benda tuan rumah dan kita tidak tahu mengapa berlaku demikian.

Pengalaman saya sebagai tuan rumah adalah "mimpi ngeri" yang tidak boleh dilupakan. Saya ditipu di peringkat awal! Penyewa ini mengatakan bekerja dengan sebuah syarikat ternama di Damansara dengan menunjukkan kad niaga dan saya terima tanpa usul periksa. Walaupun dia nampaknya macam terdesak, tetapi saya buat tidak kisah kerana pada masa itu saya tiada pengalaman. Hakikatnya saya telah menyewakan rumah pertama saya kepada kepada sebuah keluarga yang mana ketua keluarganya baru dibuang kerja, kaki pembelit dan telah beberapa kali diusir di tempat lain kerana tidak membayar sewa! Anda tentunya boleh menjangkakan apa seterusnya yang berlaku selepas itu dan tidak perlu saya ceritakan.

Ringkasnya rumah saya ibaratnya seperti rumah kebajikan! Itupun bagus juga. Lebih teruk dari itu saya memberi tempat berteduh kepada seseorang penipu yang tidak mengenang budi, yang mencerca dan mengeji saya dan isteri saya dari belakang kepada jiran-jiran. Ini terjadi kerana saya terpengaruh dengan imej bersih, warak dan bersopan yang dia tonjolkan lantas menyewakan rumah saya tanpa sebarang dokumen perjanjian. Itu adalah cerita dulu, sekarang tiada lagi kerana sekarang saya ialah tuan rumah profesional.

Semoga cerita di atas menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Bersiaplah dengan senjata anda dan penepis anda iaitu dokumen - surat perjanjian, bukan perjanjian mulut kerana anda mungkin menjadi mangsa seperti saya yang menjadi tuan rumah baru (saya namakan ini sebagai tuan rumah percubaan) yang tidak ada pengalaman dan seterusnya dibaham oleh penyewa pembelit.

Dari pengalaman tersebut saya telah belajar bagaimana untuk menjadi tuan rumah profesional. Semuanya mesti dalam bentuk bertulis. Dari permohonan untuk menyewa rumah, surat perjanjian penyewaan, senarai semak kelengkapan, hinggalah kepada notis untuk keluar rumah untuk dan anda tidak boleh terlepas satu pun dari keperluan ini untuk menjaga kepentingan anda sebagai tuan rumah dari diperlekehkan oleh penyewa yang tidak bertanggung jawab pada masa depan. Semuanya perlu didokumenkan, tidak ada janji mulut. Kita perlu jadi tuan rumah profesional!

Perjanjian Sewa Rumah

*CONTOH!!*

PERJANJIAN PENYEWAAN

PERJANJIAN ini dibuat pada ____________________ 2010 di antara ------------------- (NO KP:-----------) yang beralamat di No.................................. Kuala Lumpur (dirujuk sebagai Tuan Rumah) di satu pihak dan ............ .(NO. KP: ........ yang beralamat No. ....... Casa Subang Apartments, Jalan Subang 0, USJ 0, 00000 Subang Jaya, Selangor (dirujuk sebagai Penyewa) di pihak yang lain.

YANG MANA Tuan Rumah adalah pemilik berdaftar ke atas premis No. B-00-00, Casa Subang Apartments, Jalan Subang 0, USJ 0, 00000 Subang Jaya, Selangor (dirujuk sebagai Premis)

DAN YANG MANA di atas tawaran oleh penyewa, Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis tertakluk kepada syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini.

PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN bahawa:-

 
1. Tuan Rumah menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis untuk tempoh sewaan selama 2 tahun bermula 19 haribulan September 2009 dan berakhir pada 18 haribulan September 2011 dengan bayaran sewaan bulanan sejumlah RM1,200.00 (Ringgit Malaysia: SATU RIBU DUA RATUS SAHAJA) dibayar hadapan tanpa dituntut sebelum atau pada setiap 19 haribulan kalendar yang mana bayaran pertama dibuat sebelum atau pada 19 haribulan September 2009, sekiranya bayaran tersebut belum dibuat.

2. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM2,400.00 (Ringgit Malaysia: SATU RIBU DUA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran yang merupakan jaminan ke atas perlakuan dan pematuhan oleh Penyewa terhadap syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini. Jumlah wang cagaran ini dikekalkan selama tempoh sewaan yang dijanjikan dan tidak boleh sama sekali dirujuk sebagai bayaran sewaan bulanan tanpa mendapat persetujuan bertulis dari Tuan Rumah. Wang cagaran AKAN dikembalikan kepada Penyewa selepas penamatan Perjanjian.

3. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM400.00 (Ringgit Malaysia: EMPAT RATUS SAHAJA) sebagai cagaran bekalan elektrik, air dan kad capaian ke atas Premis, sekiranya wang tersebut masih belum dijelaskan. Wang cagaran akan dikembalikan oleh Tuan Rumah kepada Penyewa setelah menolak mana-mana bayaran, sekiranya ada, yang terhutang kepada Tuan Rumah selepas penamatan perjanjian.
4. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-

4.1 menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh dan cara sebagaimana yang ditetapkan;
4.2 menjelaskan caj bekalan elektrik dan air ke atas Premis mulai dari tempoh sewaan sehingga luput tempoh sewaan atau tempoh yang lebih awal, sekiranya Perjanjian ditamatkan sebelum luput tempoh sewaan;
4.3 semasa tempoh sewaan, Penyewa memastikan Premis berada di dalam keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) dengan selesa dan membaikpulih mana-mana kerosakan yang disengajakan (keusangan dikecualikan) atau membayar nilai yang sama untuk kos kerosakan tersebut kepada Tuan Rumah sekiranya dituntut oleh Tuan Rumah;

4.4 tidak menyewakan keseluruhan atau sebahagian Premis kepada mana-mana pihak ketiga;

4.5 membenarkan Tuan Rumah atau wakil Tuan Rumah dalam waktu yang munasabah untuk masuk dan memeriksa keadaan Premis dari masa ke masa;
4.6 menggunakan Premis untuk tujuan tempat tinggal sahaja;

4.7 tidak membenarkan atau membiarkan apa-apa perlakuan menyebabkan perlindungan insuran kerosakan dan/atau kebakaran ke atas Premis terbatal atau dibatalkan dan sekiranya perlakuan terjadi yang menyebabkan penambahan ke atas premium insuran atau kos kerosakan dialami oleh Tuan Rumah maka Penyewa menebus atau membayar apa-apa kos tambahan yang dialami apabila dituntut oleh Tuan Rumah;

4.8 menyerahkan kembali Premis kepada Tuan Rumah dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable) apabila tempoh perjanjian luput atau tamat;
4.9 tidak menjalankan sebarang kerja ubahsuaian ke atas Premis tanpa mendapat kebenaran bertulis Tuan Rumah yang mana kebenaran tersebut tidak dinafikan secara tidak munasabah;

4.10 tidak menggunakan atau membenarkan Premis atau mana-mana bahagian Premis sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang tidak bermoral; dan

4.11 tidak melakukan atau membenarkan perlakuan atau perkara yang boleh menimbulkan gangguan atau aduan dikemukakan oleh penghuni atau penghuni-penghuni di bangunan yang bersekali dengan Premis;

5. TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-

 
5.1 menjelaskan mana-mana tuntutan ke atas cukai pintu, taksiran dan lain-lain bayaran yang berkaitan dengan Premis, semasa dan hadapan, kecuali bayaran yang tertanggung ke atas Penyewa yang dinyatakan di dalam perjanjian ini;

5.2 memastikan keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) ke atas struktur utama, dinding dan bumbung Premis dan membaikpulih kerosakan yang membabitkan struktur utama, dinding dan bumbung Premis selama mana Perjanjian berkuatkuasa;
5.3 memastikan Premis dilindungi insuran ke atas kerosakan disebabkan kebakaran kecuali harta atau barangan di dalam Premis kepunyaan Penyewa yang mana Penyewa sendiri mengambil perlindungan insuran; dan

 
5.4 Penyewa, selama mana menjelaskan bayaran sewaan dan mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan terkandung di dalam Perjanjian menghuni dengan aman dan memanfaatkan Premis dalam tempoh sewaan tanpa gangguan Tuan Rumah atau pihak yang berkepentingan ke atas Premis atau wakil Tuan Rumah.

6. ADALAH DIPERSETUJUI ANTARA TUAN RUMAH DAN PENYEWA bahawa:-

6.1 sekiranya mana-mana bayaran sewaan atau bahagian dari bayaran sewaan tertunggak melebihi dari empat belas (14) hari dan ke atas (sama ada dituntut atau sebaliknya) atau Penyewa melanggar mana-mana syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan di dalam Perjanjian, Tuan Rumah berhak mengambil semula Premis dan dengan itu menamatkan perjanjian tanpa apa-apa notis yang mana perlakuan menamatkan Perjanjian tidak menjelaskan tuntutan gantirugi Tuan Rumah ke atas pelanggaran terdahulu syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian oleh Penyewa;

6.2 sekiranya dalam tempoh sewaan, Premis diisytiharkan tidak sesuai untuk dihuni disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, Penyewa berhak mendapat bayaran sewaan atau sebahagian berkadaran dengan tahap dan tempoh baikpulih sehingga Premis diperbaiki dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable);

6.3 Tuan Rumah tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian harta Penyewa di dalam Premis disebabkan oleh kebakaran, air, malapetaka alam, penceroboh, kecurian dan perkara-perkara luar jangka;

6.4 Sebarang notis yang perlu diberikan atau diserahkan adalah secara bertulis dan serahan notis kepada Tuan Rumah atau Penyewa dibuat samada melalui pos biasa atau meninggalkan notis di alamat lazim atau yang diketahui;

6.5 Tuan Rumah dan Penyewa berhak untuk menamatkan Perjanjian sebelum tempoh matang dengan menyerahkan notis dua (2) bulan sebelum tarikh penamatan;

6.6 Tanpa notis di perenggan 6.5, Tuan Rumah berpuashati bahawa Penyewa mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian dan Perjanjian tidak ditamatkan sebelumnya, Perjanjian ini dilanjutkan dengan sendirinya untuk tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh matang Perjanjian atau dari tarikh lanjutan yang terakhir dengan kadar bayaran sewaan bulanan berasaskan kepada kadar pasaran semasa atau kadar yang dipersetujui oleh Tuan Rumah dan Penyewa;
6.7 Kos dan perbelanjaan yang bersabit dengan Perjanjian termasuk cukai stem dan yuran guaman adalah ditanggung oleh Penyewa; dan

6.8 Perjanjian ini adalah mengikat pihak-pihak yang dinamakan termasuk penerima kuasa, pengambil alih dan wakil perundangan pihak-pihak tersebut.


ADALAH DISAKSIKAN yang mana pihak-pihak yang dinamakan memeterai Perjanjian pada tarikh yang dinyatakan di perenggan awal perjanjian ini.




BAHAWASANYA, saya ____________________________________________ telah bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas dan saya memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.


 
Tandatangan Penyewa:                                                    Tandatangan Tuan Rumah:


..............................................                   ............................................

Nama:....................................                         Nama:....................................

No K/P:.................................                          No K/P:.................................

Tips Menyewakan Rumah Baru

Jom  tengok sikit sebanyak tips sewa rumah baru;

  1. Bagi yang sibuk, baik guna agen untuk cari penyewa rumah. Make sure tanya agen sama ada ada uruskan perkara-perkara berkaitan selepas penyewa tinggal di rumah kita
  2. Agen ni ada yang jenis caj tinggi, so iklan sendiri lagi senang.
  3. Pilih penyewa yang bekeluarga lagi senang. Bukannya apa takut bagi kepada students ni rumah cepat rosak (TAPI bukan semua ya, ni komen saya)
  4. Make sure buat agreement (lisan saja tak cukup, mesti ada black and white)
  5. Ambil detail penyewa, i.e. salinan kad pengenalan, tahu sedikit sebanyak mengenai penyewa (pekerjaan)
  6. Ambil local senang sikit walaupun foreigners menawarkan sewa yang lebih tinggi. Reason being senang sikit nak settlekan apa-apa masalah kemudian hari
  7. Jumpa sendiri dengan penyewa senang sikit kita nak kenal penyewa
  8. Rumah tu biar fully furnished so bolehlah letak sewa tinggi sikit.
     
     Semoga membantu anda.

Prosedur Menyewa Rumah

Cara-cara (tata cara) menyewa rumah
Ramai daripada kita sebenarnya lebih senang atau selesa untuk menyewa rumah daripada membeli rumah sendiri. Kalau baru sahaja bekerja tu, tentunya duit masih belum cukup untuk membeli rumah.

Sebelum menyewa rumah, buat survey dulu. Terpulanglah kepada individu masing-masing, mengikut cita rasa masing-masing. Contohnya kalau tak ada kenderaan sendiri, pastikan rumah tu dekat dengan stesen bas, LRT, dsb..

Kebanyakan tuan rumah sekarang ni meletakkan tanggungjawab mencari tenant (penyewa) kepada agen. Ini secara tidak langsung akan menambah kos (perkhidmatan). Antara bayaran yang selalunya perlu anda sediakan sebelum menyewa rumah adalah:

  • Ddeposit 2 bulan sewa. Contohnya sewa RM 450.00 sebulan. Anda perlu membayar deposit RM 900.00. Deposit ini boleh anda dapat semula bila anda keluar rumah nanti dengan syarat anda mengikut cara-caranya sebelum berbuat demikian. [RM 900.00]
  • Bayaran sewa sebulan. [RM 450.00]
  • Deposit api /air (utility deposit), selalunya setengah bulan sewa (lebih kurang). [RM 225.00]
  • Bayaran kepada agen untuk servisnya. Ini bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk tawar menawar. Servis di sini termasuklah setem duti dan juga perjalanannya. Sediakan antara RM 100.00 hingga RM 200.00 untuk tujuan ini. [RM 150.00]
Untuk contoh di atas, jumlah perbelanjaan hadapan (upfront) yang perlu anda sediakan untuk menyewa rumah dengan sewa sebulan RM 450.00 ialah RM 900+450+225+150 = RM 1,725.00.

Pastikan anda menyimpan semua dokumen perjanjian dsb di tempat yang selamat, manalah tahu kalau ada apa-apa perbalahan kelak.

Jangan lupa untuk membaca dengan terperinci perjanjian sewa rumah tersebut supaya anda tidak terinanya. Selalunya perjanjian yang telah disediakan oleh agen adalah perjanjian standard yang digunapakai oleh semua orang.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ruang Niaga Muslim - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger