Latest Post :

Jaga Keselamatan Rumah Anda Daripada Pencuri

Kejadian pecah rumah dan rompakan kini semakin berleluasa terutamanya ketika dunia dilanda krisis kegawatan ekonomi yang menjejaskan peluang pekerjaan serta pendapatan. Seringkali juga terjadi kejadian pecah rumah pada waktu siang ketika rumah tersebut berpenghuni.

Nasihat saya, jangan jadikan rumah anda sebagai sasaran mudah geng kaki samun ini dengan menyediakan ciri-ciri keselamatan yang sempurna untuk rumah anda. Banyak aksi penyamun yang sempat dirakam oleh tuan rumah mangsa samun yang terdapat didalam video-video di youtube.

Walaubagaimanapun, khabar gembiranya ialah kejadian samun yang melibatkan pecah rumah ini adalah diklasifikasikan sebagai jenayah ambil kesempatan di atas kealpaan tuanpunya rumah.

Oleh yang demikian, pastikan rumah anda sentiasa dikawal rapi dan terkunci dengan kunci mangga yang berkualiti. Bagi sesiapa yang inginkan keselamatan tambahan, bolehlah bersepakat dengan jiran-jiran di tempat anda untuk mengadakan kawalan keselamatan 24 jam dengan melantik syarikat kawalan keselamatan yang bertauliah.

Di antara langkah-langkah lain yang di sarankan untuk mencegah penyamun pecah rumah adalah:
1) Pasang Grill besi ditingkap dan pintu rumah.
2) Sentiasa kunci pintu dan tingkap sebaiknya.
3) Pastikan anda mengunci pintu dan tingkap setiap kali keluar rumah walaupun hanya sebentar.
4) Nyalakan lampu disekitar rumah termasuk lampu dipintu masuk pada waktu malam.
5) Potong dedaun dan semak-samun disekitar rumah anda yang boleh menghalang penglihatan agar pandangan disekeliling menjadi lebih jelas tidak kira waktu siang ataupun malam.
6) Pasang sistem penggera keselamatan.
7) Simpan semua peralatan berkebun, tangga dan peralatan tajam yang boleh digunakan oleh penjenayah sebagai senjata atau peralatan pecah masuk rumah.
8) Gunakan 'timer' atau peralatan elektronik yang boleh mengawal waktu untuk memasang dan memadam lampu secara otomatik.
9) Jangan sembunyikan atau tinggalkan kunci rumah anda dibawah pasu bunga, alas kaki atau didalam kasut apabila meninggalkan rumah.

Beringat sebelum kena. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ruang Niaga Muslim - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger