Latest Post :

Jangan Menyewakan Rumah Anda Tanpa Dokumen Perjanjian Sewa Rumah!

Surat perjanjian sewa rumah yang lengkap dan jelas boleh menyelamatkan beratus bahkan beribu ringgit wang anda di kemudian hari. Jadi tuan rumah bijak dengan menyediakan surat perjanjian sewa rumah yang berkesan dan jangan jadi tuan rumah amatur yang tidak lelap tidur setiap kali ingin mengutip sewa setiap bulan dan menanggung beban setiap kali penyewa keluar.

Laman blog ini bertujuan untuk membantu anda mendapatkan surat perjanjian sewa rumah yang efektif yang boleh menjamin masa depan anda sebagai tuan rumah. Bagi sebahagian besar tuan rumah, masalah dengan penyewa bukanlah sesuatu yang asing. Sebahagian besar tuan rumah terpaksa menanggung masalah akibat penyewa yang tidak bertimbang rasa yang menganggap seolah-olah tuan rumah memperolehi rumah itu secara percuma.

Menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah anda kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Anda mungkin tergolong dalam 1/100 tuan rumah yang bernasib baik jika mendapat penyewa budiman, tetapi sebahagian besarnya tidak demikian. Walaupun sebahagian besar penyewa rumah adalah manusia baik, namun seringkali sebahagiannya menjadi manusia tidak bertimbang rasa dalam hal membayar sewa dan menjaga harta benda tuan rumah dan kita tidak tahu mengapa berlaku demikian.

Pengalaman saya sebagai tuan rumah adalah "mimpi ngeri" yang tidak boleh dilupakan. Saya ditipu di peringkat awal! Penyewa ini mengatakan bekerja dengan sebuah syarikat ternama di Damansara dengan menunjukkan kad niaga dan saya terima tanpa usul periksa. Walaupun dia nampaknya macam terdesak, tetapi saya buat tidak kisah kerana pada masa itu saya tiada pengalaman. Hakikatnya saya telah menyewakan rumah pertama saya kepada kepada sebuah keluarga yang mana ketua keluarganya baru dibuang kerja, kaki pembelit dan telah beberapa kali diusir di tempat lain kerana tidak membayar sewa! Anda tentunya boleh menjangkakan apa seterusnya yang berlaku selepas itu dan tidak perlu saya ceritakan.

Ringkasnya rumah saya ibaratnya seperti rumah kebajikan! Itupun bagus juga. Lebih teruk dari itu saya memberi tempat berteduh kepada seseorang penipu yang tidak mengenang budi, yang mencerca dan mengeji saya dan isteri saya dari belakang kepada jiran-jiran. Ini terjadi kerana saya terpengaruh dengan imej bersih, warak dan bersopan yang dia tonjolkan lantas menyewakan rumah saya tanpa sebarang dokumen perjanjian. Itu adalah cerita dulu, sekarang tiada lagi kerana sekarang saya ialah tuan rumah profesional.

Semoga cerita di atas menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Bersiaplah dengan senjata anda dan penepis anda iaitu dokumen - surat perjanjian, bukan perjanjian mulut kerana anda mungkin menjadi mangsa seperti saya yang menjadi tuan rumah baru (saya namakan ini sebagai tuan rumah percubaan) yang tidak ada pengalaman dan seterusnya dibaham oleh penyewa pembelit.

Dari pengalaman tersebut saya telah belajar bagaimana untuk menjadi tuan rumah profesional. Semuanya mesti dalam bentuk bertulis. Dari permohonan untuk menyewa rumah, surat perjanjian penyewaan, senarai semak kelengkapan, hinggalah kepada notis untuk keluar rumah untuk dan anda tidak boleh terlepas satu pun dari keperluan ini untuk menjaga kepentingan anda sebagai tuan rumah dari diperlekehkan oleh penyewa yang tidak bertanggung jawab pada masa depan. Semuanya perlu didokumenkan, tidak ada janji mulut. Kita perlu jadi tuan rumah profesional!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ruang Niaga Muslim - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger