Sebagai pelajar yang sering dihambat dengan tests dan exams yang menyeramkan, pasti memerlukan suasana kondusif untuk belajar. Keadaan rumah sewa perlulah sesuai, terutamanya untuk pelajar yang menitik beratkan soal keselesaan ketika belajar.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan
anda tentang perkara yang perlu diambil kira untuk memilih rumah sewa.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Lokasi
Lokasi
Lokasi semestinya aspek yang sangat penting. Sama ada berhampiran dengan pusat bandar, universiti atau bus/tram/metro stop. Sebelum menandatangani kontrak, adalah sangat perlu untuk kita melawat dahulu rumah yang bakal disewa dan melihat lokasinya. Kadang-kala, apa yang tergambar di peta tidak menunjukkan lokasi yang sebenarnya.
Lokasi ini juga akan mempengaruhi harga
rumah sewa.
Jenis Rumah
Jenis Rumah
Bagi rumah lama yang tidak di’renovate’, biasanya lebih murah. Sekiranya anda tidak kisah dengan rupa rumah anda, adalah lebih baik memilih rumah yang tidak di’renovate’.
Rumah yang murah biasanya rumah jenis pangsa (flat tinggi). Biasanya rumah seperti ini terletak di luar kawasan pusat bandar.
Untuk rumah dalam kawasan bandar,
biasanya rumah seperti ini terletak satu blok dengan kedai-kedai atau
pejabat-pejabat. Rumah seperti ini mahal sedikit kerana lokasinya dalam
pusat bandar.
Bagi rumah banglo (villa), biasanya
lebih luas dan mahal. Namun ada juga yang sangat murah. Rumah seperti
ini biasanya dikongsi dengan tuan rumah.
Ada juga rumah yang terletak di loteng
bangunan. Rumah seperti ini biasanya kecil dan rendah. Harganya pun
lebih murah cuma bagi bangunan yang tiada lif, agak tinggi untuk didaki.
Jumlah Bilik
Jumlah Bilik
Biasanya dalam sebuah rumah teres 2 tingkat akan mempunyai 2 bilik tidur kecil dan 1 bilik besar. Termasuk juga ruang tamu, dapur serta bilik air.
Perabot
Ada rumah yang ditawarkan tanpa perabot (unfurnished). Kebanyakan rumah ialah fully furnished. Bagi yang unfurnished, anda perlu membeli sendiri perabot-perabot seperti meja, kerusi, katil, almari, peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya. Biasanya, rumah unfurnished disediakan hanya dapur memasak.
Untuk rumah yang fully furnished, semua
perabot asas (kerusi, meja, peti sejuk, mesin basuh, almari, katil etc.)
disediakan oleh tuan rumah. Jika ada perabot yang tidak mencukupi, anda
boleh minta daripada tuan rumah.
Kadar sewa bulanan rumah yang unfurnished
dengan yang fully furnished adalah berbeza.
Sekiranya anda ingin berjimat dalam membayar sewa bulanan, anda boleh
memilih rumah yang unfurnished, tapi perlu membeli perabot-perabot yang
diperlukan. Banyak perabot murah boleh didapati di IKEA atau kedai
second hand.
Bezanya, anda dapat berjimat secara
bulanan, tapi terpaksa membayar lebih ketika mula-mula menyewa. Dan anda
perlu memikirkan bagaimana menjual semula perabot yang telah dibeli
selepas tidak digunakan.
Internet, Elektrik dan Air
Internet, Elektrik dan Air
Ada sewa rumah yang dibayar sekali dengan bil internet, elektrik dan air. Untuk rumah jenis ini, anda tak perlu fikir tentang bil.
Namun banyak juga tuan rumah yang hanya
menerima sewa rumah tetapi bil internet, elektrik dan air perlu dibayar
sendiri oleh penyewa. Untuk rumah seperti ini, anda perlu mendaftar di
syarikat internet, elektrik dan air atas nama anda sendiri. Setiap bulan
anda perlu membayar bil-bil tersebut secara online atau terus di
kaunter.
Keluasan dan Ketinggian Rumah
Keluasan dan Ketinggian Rumah
Lebih luas rumah yang anda sewa, lebih mahal bayaran bulanannya. Seeloknya, pilih rumah yang tidak terlalu luas untuk mengurangkan sewa rumah.
Jenis Dapur
Lazimnya rumah sewa akan menggunakan dapur gas, ada yang menggunakan hot plate dan ada yang menggunakan induction. Anda perlu melihat mana yang bersesuaian dengan kehendak anda.
Ada dapur memasak yang disertakan dengan
ketuhar (oven). Ada juga yang hanya dapur memasak. Bagi anda yang gemar
membuat kek, anda perlu pastikan ada oven di rumah.
Agen
Agen
Ada banyak agen perumahan yang menawarkan rumah sewa. Ada yang boleh dipercayai, ada yang tak bagus. Seeloknya cari agen yang familiar dengan keperluan students kerana lebih mudah berurusan dengan mereka.
Tuan Rumah
Sebelum menyewa, anda perlu juga kenal sedikit sebanyak dengan tuan rumah. Ada tuan rumah yang begitu baik, happy go lucky, pemurah dan ceria. Ada juga yang kedekut, cerewet, tak bertimbang-rasa dan bermuka masam.
Ada yang muda, ada
yang sangat tua. Semua ini akan memainkan peranan dalam berurusan pada
masa-masa akan datang.
Deposit
Deposit
Sebelum memulakan sewaan, biasanya penyewa perlu membayar deposit. Deposit biasanya sama harga dengan sebulan sewa. Ada juga tuan rumah yang minta 2 bulan sewa sebagai deposit. Deposit ini akan disimpan oleh tuan rumah sehingga tamat sewaan. Di akhir sewaan, tuan rumah akan mengira kerosakan yang dibuat di rumah berkenaan dan akan mengambil dari deposit untuk menanggung kos baik kerosakan. Selebihnya akan dipulangkan kepada penyewa.
Akhir sekali, nasihat kami ialah, sebelum anda menandatangani kontrak menyewa rumah, pastikan anda telah melihat sendiri rumah tersebut dan berpuas hati dengan segala yang ada di situ. Pastikan anda dan housemates telah sebulat suara untuk memilih rumah tersebut. Pastikan juga kontrak yang anda tandatangan, anda berpuas hati dengan isinya.
Jika anda pandai tawar menawar, jangan
berat mulut untuk minta diskaun daripada agen. Jika anda mahukan apa-apa
tambahan daripada tuan rumah, jangan segan silu untuk minta. Boleh jadi
dia akan bagi, boleh jadi tidak. Tapi tak rugi kalau minta.
Jika ada kekeliruan, jangan gopoh untuk
terus menyewa. Dapatkan pandangan daripada senior atau rakan-rakan yang
lain. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda semua dalam membuat
keputusan mencari rumah sewa idaman anda.
Setelah rumah telah disewa, banyakkan
bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberikan kita nikmat tempat
berlindung yang baik. Hidup suburkan rumah baru anda dengan alunan
ayat-ayat suci Al-Qur’an. Lazimkan solat berjemaah dengan housemates
tercinta. Hiduplah dengan penuh rasa hormat-menghormati dan toleransi.
Moga-moga kehidupan kita seharian mendapat redha dan berkat daripada
Allah s.w.t.
Post a Comment