Ok, hari ni saya nak berkongsi satu
lagi tips yang saya rasa jarang orang buat bila membeli dan menyewakan
rumah mereka melainkan kalau mereka beli untuk duduk sendiri dan tips
ini pada mulanya tidak terlintas untuk diketengahkan kerana ianya
melibatkan perkara-perkara ‘mistik’ tetapi mengenangkan yang ianya elok
untuk dikongsi, maka saya sampaikan jugalah walaupun saya percaya ada di
antara kita yang tidak percaya akan benda-benda ‘tahyul’ ni.
Sebelum ni, saya pernah
menerima sms dari salah seorang penyewa yang menyatakan kegusaran
beliau terhadap insiden pecah rumah yang berlaku di sekitar blok yang
beliau sewa lalu si penyewa meminta saya memperelokkan gril rumah yang
katanya senang untuk diumpil. Senang cerita dia nak saya tukar gril la
tu.. Lalu saya pun membalas sms beliau dengan ayat.. “Insyaallah takde
pape kerana saya dah ‘pagar’kan rumah tu sebaik saja saya beli dulu”.
Beliau yang masih lagi kurang berpuas hati membalas.. “Saya bukannya
takut gangguan makhlus halus tetapi manusia” dan apa yang mampu saya
balas bagi mendiamkan beliau ialah dengan menaip baris-baris berikut..
“Pagar yang saya buat tu bukan untuk gangguan makhlus halus saja tetapi
untuk sebarang jenis gangguan termasuk manusia”. Lalu tiada lagi sms
balasan yang saya terima selepas itu. Fuhhh… Legaaa…
Inilah tips yang jarang malah tak pernah saya jumpa di mana-mana blog mahu pun buku berkaitan pelaburan hartanah.
Pada tanggapan saya mungkin si pelabur tidak mahu mencampur adukkan
perkara-perkara tahyul seperti ini kot, tetapi bagi saya inilah antara
perkara yang sepatutnya dilakukan bagi setiap rumah yang kita miliki.
Seperti yang saya katakan tadi, bukan hanya rumah kita sendiri yang perlu
kita pagarkan sebaliknya rumah sewa kita pun tidak sepatutnya
terkecuali. Kalau ada yang nak tahu bagaimanakah cara untuk memagarkan
rumah anda, mungkin anda boleh rujuk kepada mereka (ustaz-ustaz dan
alim-ulama) yang lebih arif tentang hal ini tetapi sekurang-kurangnya
sebaik sahaja anda melangkah masuk, buatlah majlis bacaan Yaasin ke
atau azankan di 4 penjuru rumah. Perlu diingatkan ‘bersih’kan dulu ‘apa
yang ada di dalam rumah’ tu sebelum anda memagarnya takut-takut
selepas dipagar, ‘apa yang ada di dalamnya’ akan terkurung dan terpaksa
hidup bersama bakal penyewa anda. Scary tu beb.. Pastikan
juga selepas itu anda maklumkan kepada bakal penyewa anda yang
mereka tidak boleh membuat onar di rumah tu, takut-takut pagar yang
dibuat akan ‘roboh’ nanti.
Saya tidak memaksa anda untuk percaya
tips saya kali ini (berkaitan makhluk halus, benda-benda tahyul dan
mistik) tetapi saya sekadar berkongsi apa yang saya telah lakukan selama
ni. Percayalah di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut.. selain manusia
ada lagi makhluk lain yang turut mendiami alam ini. Wallahualam.
Post a Comment