Latest Post :

Tips Membeli/Menyewa Rumah

Salam semua, Harap-harap anda semua sihat...


1. Orientation
Ialah kedudukan rumah tersebut mengikut kompas. Ha,nak beli rumah bawak kompas, Tanya pada diri sendiri arah matahari terbit dan terbenam. Terbit dari Timur dan terbenam di Barat. Anda hendaklah tahu bahawa cahaya matahari petang jauh lebih panas dari cahaya matahari pagi. Jadi elakkan membeli rumah yang kebanyakan tingkapnya lebih-lebih lagi tingkap bilik tidur menghadap arah Barat kerana bahangnya akan membuat anda over tanned dalam masa setahun. Kalau tandas atau dapur yang menghadap barat takpe,cepat sikit kering.Kurang busuk.

2.Noise Reduction
Elakkan membeli/menyewa rumah yang menghadap/sangat hampir dengan jalan raya utama/highway. Kamu mahu ke tengah sedap-sedap tidur sambil mimpi jumpa bidadari bidadara tiba-tiba dikejutkan pula dengan bunyi lori trailer serta mat rempit.

3.Beli lah rumah yang ada overhang
Overhang ni penting supaya dapat kurangkan bahang cahaya matahari daripada masuk ke dalam rumah. Saya selalu nampak rumah flat selalu takde overhang. Saya faham mungkin kerana cost. Kalau rumah anda tiada overhang, bolehlah tempah sendiri. Jangan kedekut untuk keselesaan sendiri.


4. Crime Prevention
Ini sangat penting. Janganlah pilih rumah yang tersorok,terhujung yang sangat sunyi. Rumah depan padang mungkin best tapi dari segi jenayah? Selain itu, pastikan kawasan rumah kamu itu ada lampu jalan. 


5. Cooling effect
Kalau kamu ada duit lebih sikit boleh lah buat kolam air pancut ke waterfall. Tanpa kita sedar wap air dari situ akan menyejukkan halaman rumah. Tapi kalau nak beli/sewa rumah tu pilihlah yang ada banyak ruang sikit untuk tanam pokok, kalau malas nak tanam pokok tanam rumput aje. Jangan pergi letak tiles kat seluruh ruang halaman yang ada. Pokok sangat penting untuk menyejukkan bumi dan bagi oksigen. Pagi-pagi bila embun turun kan best bila jenguk halaman dan rasa segar.


6. Cross Ventilation
Adalah lebih bagus kalau anda boleh pilih rumah yang mempunyai banyak tingkap. Paling takpun satu bilik ada dua tingkap yang menghadap antara satu sama lain. Tapi kalau rumah teres atau flat agak susah. Paling best adalah banglo lah kan. Sila tengok gambar dibawah untuk lebih faham. Apabila angin masuk, ia memerlukan ruang untuk keluar. Apabila anda berada di antara kedua-duanya dimana angin tadi akan melalui anda,tak ke sejuk dan digin aje rasanya.?
7. Avoid smells
Kalau anda tinggal di Kondominium atau flat, elakkan dari memilih rumah yang dekat dengan rumah sampah. Kalau rumah anda tinggi tidak mengapa, tapi kalau rumah anda di Ground Floor dan kebetulan angin kuat melalui rumah sampah tersebut dan melalui rumah anda.

8. Material
Ini bergantung la. Khas pada yang ingin membina rumah sendiri. Maksudnya nak arkitek designkan. Kalau rumah siap tak boleh buat apa la sebab dah siap. Okey bagi yang mahukan arkitek design rumah anda, pilihlah material yang best. Macam yang kita ketahui, Malaysia ni memang panas. Anda boleh request untuk material dinding dan bumbung yang lebih sejuk. Tanyalah konsultant anda. Dia lebih mengetahui.


Semoga Bermanfaat.
Share this article :

+ comments + 1 comments

June 25, 2019 at 9:06 PM

Sangat bermanfaat sekali, coba cari tahu Cara Mulai Bisnis Kontrakan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ruang Niaga Muslim - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger